Terdapat isu berkaitan update terbaharu 3.1 aplikasi android yang kami keluarkan pada 25 Julai 2020 iaitu yang melibatkan Android 9 dan 10. Kami telah meletakkan semula aplikasi android versi sebelum ini iaitu 3.0 ke dalam playstore. Mohon uninstall Winjaws Mobile 3.1 dari smarphone/tablet anda dan install semula versi lama dari playstore. Mohon maaf atas kesulitan..

MENGINTEGRASIKAN KETIGA-TIGA TEKNOLOGI IAITU PC, WEB DAN ANDROID

Aplikasi web yang mesra kepada tablet dan telefon bimbit

Guru dan murid boleh mengakses jadual dari laman web

Learn more »

Kemudahan lelongan jadual secara atas talian

Sesuai dengan cadangan dalam Melindungi Masa Instruksional (MMI), Winjaws5 telah menyediakan kemudahan untuk guru-guru “melelong” jadual mereka kepada guru-guru lain sewaktu ketidakberadaan mereka di sekolah secara atas talian atau melalui aplikasi Android. Maklumat ini kemudian akan dibaca oleh perisian Winjaws5 sewaktu menyediakan jadual ganti.

Learn more »

Mengambil kira jarak antara kelas/bilik khas

Kemudahan ini diwujudkan untuk mengurangkan jarak perjalanan guru dari satu kelas ke kelas berikutnya. Dengan cara ini proses pembelajaran dan pengajaran dapat dimulakan tepat pada waktunya dan guru sentiasa berada dalam keadaan segar dan bertenaga.

Mengambil kira kategori mata pelajaran (berat/ringan)

Sesetengah mata pelajaran adalah lebih sukar untuk dipelajari berbanding dengan yang lain. Oleh itu adalah lebih baik sekiranya murid-murid tidak belajar terlalu banyak mata pelajaran berat dalam sehari.